Setelah Ammar Tinggalkan Kita

Group Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)

RM28.00


Quantity :

Product Description

Dia hanya 'hilang' daripada pandangan, namun semnagat dan perjuangannya tetap hidup! Inilah pemuda di bawah payung hijrah.

Buku kedua ini merupakan sambungan daripada buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' terbitan Karya Bestari pada tahun 2014.

 'SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA.'

Satu lagi himpunan catatan kenangan mengenai Ahmad Ammar  setelah hampir satu tahun setengah pemergiannya.

 Setiap baris ayat yang tercatat merupakan kata-kata motivasi buat kita sama ada ibu, ayah, kakak, adik, abang, sahabat ataupun sesiapa jua yang tidak pernah bersua muka dengannya tapi 'terpana' dengan perjuangannya.

 Setiap ayat yang disusun tetap menggodak perasaan. Namun, buku ini turut mengandungi mesej perjuangan penuh jiwa. Kekentalan usaha Ammar dalam menjejak 'tamadun dunia' meremangkan semangat mereka yang membaca.

 Tanpa nama, almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam meninggalkan satu fenomena patriotik dan Islamik di kalangan anak-anak muda tempatan dan luar negara.

 Bacalah dengan lapang dada.

Biarkan jika ada air mata yang menitis.

Moga akan muncul lagi jutaan 'Ammar' yang akan meneruskan perjuangan ini.


Product Info

9789678605434

0

Paperback

Product Reviews