Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan

Nouman Ali Khan

RM23.00


Quantity :

Product Description

"Penyucian ada dua bahagian. Terdapat penyucian pemikiran dan penyucian hati. Al-Quran mengajar kita bagaimana untuk berfikir, maka ia secara langsung menyucikan pemikiran dan hati kita."

Buku Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan ini menghimpunkan 10 khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan. Beliau mengupas ayat-ayat al-Quran terpilih bagi membolehkan kita mengambil manfaat daripadanya. Naskhah ini mengekalkan gaya bahasa ‘khutbah’ yang memberi  ‘rasa’ unik ketika kita menghadam ilmunya. 

Nouman Ali Khan adalah pengasas Bayyinah dan berfungsi sebagai pengajar utama bagi beberapa program termasuk seminar dan Bayyinah TV. Beliau amat dikenali ramai menerusi ceramah-ceramah dan kelas tafsir beliau di YouTube dan pernah mengadakan program jelajah 'Divine Speech' di Malaysia pada tahun 2014.

Beliau mula mendalami bahasa Arab di Amerika Syarikat pada tahun 1999 di bawah Dr Abdus-Samie, pengasas dan bekas Pengetua Maktab Quran di Faisalabad, Pakistan.

Nouman Ali Khan telah mengajar lebih daripada 10,000 pelajar melalui seminar dan program di seluruh dunia. Beliau kini tinggal di Dallas, Texas dan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran murid-muridnya, membangunkan kurikulum bahasa Arab dan penggambaran untuk Bayyinah TV.

Product Info

9789678605410

194

Paperback

01 May 2015

Product Reviews