Rezekimu Tidak Akan Salah Alamat

Ramdhani Abdurrahim

15% RM25.90 RM22.02


Quantity :

Product Description

Rezeki adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada putaran penciptaan dan kematian sehinggalah dihidupkan kembali (kebangkitan) seperti yang disebutkan dalam surah Ar-Rum ayat 40. Maka, urusan rezeki juga merupakan sebahagian daripada akidah sehingga keyakinan bahawa hanya Allah pencipta semuanya dan pemberi rezeki kepada seluruh makhluk harus tertanam dalam akidah setiap mukmin. Melalui buku ini, penulis menyajikan konsep rezeki menurut Al-Quran, secara ringkas. Setelah membaca buku ini, pembaca mungkin tidak akan mendapat ‘perubahan’ rezekinya melalui sifat lahiriah. Hal yang diharapkan adalah perubahan ‘cara pandang’ terhadap rezeki bersesuaian dengan konsep al- Quran, yakni, perubahan dari segi: kebimbangan akan menjadi ketenangan dalam menangani soal rezeki; kekeliruan akan menjadi keyakinan dalam menjadikan rezeki sebagai suatu medium ibadah kepada Allah juga sebagai laluan untuk meraih keredaan-Nya; agar kita sentiasa memiliki dua mutiara berharga bagi seorang mukmun, yakni syukur dan sabar. Sentiasa bersyukur jika diperbanyakkan rezeki; dan sentiasa bersabar saat disempitkan rezekimu.

Product Info

9789671608586

Saiz:5.5 x 8.3 inch (14 x 21 cm) Cover: Art Card 260 gsm (4C x 0C) Text: Book Paper 66.6 gsm (2C x 2C)

224

Paperback

Product Reviews