Mari Kenal Ilmu Tafsir

Rimbunan Islamik

RM25.50


Quantity :

Product Description

Buku ini membincangkan tajuk-tajuk berkaitan pengenalan dalam ilmu tafsir yang sewajarnya diketahui oleh para penuntut ilmu dan juga orang yang ingin mendalami ilmu tafsir Al-Quran.

Kupasan yang dibuat dalam buku ini lebih kepada perbahasan secara asas yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam tentang ilmu tafsir bagi membantu mereka memahami ayat-ayat Al-Quran dengan lebih berkesan. Pendekatan seumpama ini dirasakan lebih sesuai untuk mendekati kalangan pembaca yang rata-rata tidak mendalami bidang pengajian islam termasuk juga mereka yang ingin memahami bidang ilmu tafsir dengan lebih mendalam.

Selain itu, kupasan dan penjelasan yang dibuat berasaskan tradisi keilmuan Islam bepandukan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber dan rujukan utama. Tafsiran-tafsiran ini digarap daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar serta kitab-kitab lain yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan selain memperkenalkan kitab-kitab tafsir yang perlu diketahui oleh para penuntut ilmu seperti Tafsir Al-Tabari, Tafsir Al-Ibn Kathir, Tafsir Fi Zilal Al-Quran, Tafsir Al-Manar dan banyak lagi.

Product Info

9789671502365

14.5cmX21.5cm

152

Paperback

Product Reviews