Analogi Qurani

Rimbunan Islamik

RM48.00


Quantity :

Product Description

Buku Analogi Qurani menghimpunkan kiasan dan perumpamaan yang diketengahkan oleh ayat-ayat suci Al-Quran untuk dihayati oleh umat Islam khususnya dan seluruh manusia amnya. Kehebatan mukjizat yang terkandung dalam perumpamaan Al-Quran yang dipersembahkan dalam buku ini, dapat memberikan kesan yang mendalam.

Penggunaan kiasan dan perumpamaan  dalam Al-Quran mengandungi peringatan dan iktibar  bagi mereka yang berfikir serta mahu mengambil pengajaran. Berfikir dalam konteks Al-Quran ialah pemerhatian manusia terhadap sesuatu perkara untuk diambil pengajaran dan iktibar.

Penggunaan bahasa yang ringkas memudahkan pembaca untuk memahami setiap perbahasan dalam buku ini. Ia disusun mengikut susunan surah dalam Al-Quran bermula dari surah Al-Baqarah dan diikuti oleh surah-surah yang selepasnya. Kiasan dan perumpamaan yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi persoalan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia merangkumi persoalan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia merangkumi akidah, akhlak, pemikiran dan sebagainya.

Product Info

9789671608531

14.5cmX21.5cm

368

Paperback

Product Reviews