Pujukan Dari Tuhan

Shukery Azizan

15% RM30.00 RM25.50


Quantity :

Product Description

Akan ada satu saat dalam hidup kita ini, akan mula rasa lemah semangat, kecewa, penat, tertekan, dan macam-macam.

Tak kisah sama ada sebab akademik, kerjaya, tak kahwin lagi, masih menganggur, sakit, keluarga hancur, rumahtangga jauh daripada agama, anak buat masalah, study tak faham-faham, dan banyak lagi.

Sampai tahap, hati kita tertanya,

"Kenapa aku?"

Sebenarnya, setiap kali kita hadapi ujian atau masalah, setiap kali itu Allah pujuk kita lagi dan lagi. 

Cuma kita je mungkin tak perasan. Allah banyak kali pujuk kita. Di mana?

Dalam al Quran.

Saya tulis buku Pujukan Dari Tuhan dengan mengumpulkan setiap ayat-ayat yang berunsur pujukan Allah kepada kita daripada 30 juzuk al-Quran untuk ditadabbur bersama.

Supaya hati kita makin terpujuk, dan makin cinta pada al-Quran.

Ya, al-Quranlah adalah sebaik-baik pemujuk hati kita. Saya berharap moga tulisan ini sedikit sebanyak memujuk hati kita untuk kembali kepada Allah.

Product Info

9789672118145

351

Paperback

31 Oct 2018

Product Reviews