Yasin & Surah Pilihan

RM5.00


Quantity :

Product Description

Surah-surah pilihan ini (Yasin, al-Rahman, al-Waqi’ah, al-Mulk, & al-
Sajdah) termasuk di dalam kategori surah-surah Makkiyyah iaitu
surah-surah yang diturunkan sebelum berlaku peristiwa hijrah Nabi
SAW ke Madinah.
Asas utama surah-surah ini adalah untuk membina akidah dan
tauhid, baik uluhiyyah, rububiyyah mahupun wahdaniyatullah iaitu
mengesakan Allah.
Terkandung di dalamnya adalah nasihat dan peringatan tentang
ketuhanan, keimanan pada Hari Akhirat, nubuwwah (kenabian) dan
kebenaran wahyu al-Quran dan sebagainya yang telah menjadi
asas-asas utama surah-surah pilihan ini.
Di samping itu, terdapat juga di dalam surah-surah pilihan ini kisahkisah
umat terdahulu yang boleh kita jadikan iktibar dan pelajaran
daripada yang berlaku kepada mereka.
Perkara tersebut akan menjadi titik tolak betapa pentingnya kepada
pembaca supaya tidak hanya sekadar membaca. Namun pada
masa yang sama harus berusaha untuk meningkatkan kefahaman
terhadap makna ayat dan tujuan surah-surah ini diturunkan.
Naskhah ini dilengkapi dengan terjemahan, asbabunnuzul, tafsir ayat,
hadis-hadis sahih ayat, munasabah ayat, hikmah dan intisari ayatayat
pilihan dalam rangka mengajak kita semua untuk memahami
dan mentadabbur al-Quran.

Product Info

9785317151997

0

Paperback

Product Reviews