Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka

Hasanuddin Yusof

15% RM39.00 RM33.15


Quantity :

Product Description

Selama ini, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui bahawa kerajaan Islam di Alam Melayu yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Daulah Uthmaniyah ialah kerajaan Aceh Darussalam. Namun begitu, dalam catatan Portugis, dinyatakan dengan jelas tentang kehadiran pedagang-pedagang dari Turki Uthmaniyah ke Kota Melaka untuk membeli rempah ratus  dari pelabuhan Melaka.

 

Malah, sumber Portugis juga menyatakan bahawa terdapatnya tentera Turki Uthmaniyah dalam angkatan tentera Melaka ketika berlakunya perang antara Portugis dan Melaka pada tahun 1511. Lebih menarik lagi, beberapa penulis Turki dan Arab menukilkan bahawa terdapatnya hubungan lansung antara Sultan Daulah Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah.

 

Sehubungan dengan itu, penulis berasa terpanggil untuk membuat kajian lanjut tentang hubungan Daulah Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka. Maka sekitar bulan Oktober tahun 2015, penulis telah ke Istanbul selama beberapa minggu khusus untuk melakukan kajian tentang hubungan Kesultanan Melayu Melaka dan Daulah Uthmaniyah. Dari itu, terhasillah buku ini yang memaparkan fakta-fakta tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara Daulah Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka.

 

 


Product Info

9789671614006

256

Paperback

12 Oct 2018

Product Reviews