Aku Di Sini

Ieya Sya

RM28.00


Quantity :

Product Description

Andainya detik dan waktu bagi Ara adalah magis, bagi Iyan, itu tidak lebih daripada satu hukuman.

Mulanya Ara menyokong Dollah yang membenci Iyan, seorang chef terkenal disebabkan cemburu. Namun apabila bertatapan sendiri dengan Iyan, angan-angan cinta monyet mula muncul walaupun dia tahu, Ara dan Iyan, terlalu mustahil boleh bersama. Iyan tu kekasih selebriti!

Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau. 
Iyan + Ara = Berangan saja mampu. 
Itu kata Ara Elisya. Kata Iyan Naufal…

Dia dan Ara tidak sepatutnya bertemu. Dia cuba melarikan diri tapi setiap kali itu dia gagal. Akhirnya dia membiarkan saja pertemuan demi pertemuan berlaku walaupun itu bermaksud rahsia yang disimpan selama ini akan menghancurkan dirinya sedikit demi sedikit.

Kematian tragis Rogayah yang menjadikan Ara sebagai saksi dan Iyan sebagai suspek membuatkan keadaan berubah. 
Pembunuh macam kau patut mati di tali gantung - ARA

Semuanya berubah sekali lagi apabila Iyan menghilangkan diri selepas menyelamatkan Ara daripada pembunuh ibunya sendiri. Namun demi rahsia yang disimpan, Iyan kembali dan Ara diburu seseorang. Bagi Iyan, dia perlu berada di sisi gadis itu kerana bertahun-tahun lalu dia berjanji…

Lama dulu, aku berjanji pada diri aku yang aku akan jaga dia. Tapi waktu tu aku terlalu takut. - IYAN

Ada sesuatu yang Ara terlupa. Ada sesuatu yang Iyan sembunyikan kerana waktu tidak mengizinkannya untuk membongkar segalanya.

Kata REY - Ara Elisya tak patut muncul lagi dalam hidup kau.
Kata AIFA - Beauty and the beast. You tahu cerita tu? You and Ara. Beast and the beauty.
Kata EIDAN - Hantar dia jauh dari hidup kau.

Akankah Iyan melarikan diri sekali lagi atau memilih untuk berterus-terang. Adakah Ara akan terlupa sesuatu itu untuk selama-lamanya?

Sumpah, saya akan beritahu semuanya. Tapi saya tak tahu. Saya minta maaf. - ARA

It’s like a song that no one hears
I’m screaming out but you’re not here
 

Product Info

9789672035329

10.5x18x3

0

Paperback

Product Reviews