Product Description

Ini rahsia yang telah lama kami simpan. Syhhh.....!

Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih. Mukanya naif. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku.

Ya, para doktor itu lah.

Sebenarnya ada yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju 'S' ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar sebagai kelawar.

Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi.

Tapi ini rahsia tau...Syhhhh...!

Kuasa apa? Ish... Kalau nak tau, cuba belek naskah ini. Dari depan hingga belakang... pasti akan berjumpa.

Ini rahsia tau.

Product Info

9789672014188

253

Paperback

01 Jun 2017

Product Reviews