Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja

(TUN) Suzana (TUN) Hj. Othman

RM49.90


Quantity :

Product Description

Gagasan Melayu Islam Beraja (MIB) merupakan sistem yang telah bersebati dengan kesultanan-kesultanan Melayu di rantau ini esmenjak zaman berzaman, disebut sebagai corak pemerintahan tradisi, atau Orde Melayu Lama. Sesungguhnya kita pernah mempunyai corak pemerintahan yang berjiwa keislaman dan disaluti dengan imej dan identiti Melayu yang luhur dan tulen. Walaupun falsafah MIB tidaklah esmpurna, namun hakikatnya ia tetap terbendung dalam corak pemerintahan yang mempunyai legitimasi agama yang kukuh. Berbanding dengan sistem yang berbau sekular dan bukan fitrah pada bangsa kita hari ini, yang telah meletakkan bangsa dan agama kita pada ancaman pelupusan identiti, jatidiri, malahan aqidah yang amat tenat.

Gagasan MIB masih boleh diberikan kesinambungan dan nafas baru, iaitu dengan menyesuaikan pada realiti masakini, bercirikan dinamisma dan progresif. Namun apa sahaja penyesuaian yang dibuat, tetap harus terlingkung dalam kerangka prinsip MIB yang luhur, iaitu tetap kekal sebagai sebuah negara yang berjiwa Melayu, tetap kekal sebagai esbuah negara yang mendaulatkan agama Islam dengan menurut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang bermazhab Syafiee, dan tetap kekal menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu.

Judul 'Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja: Menemukan Kembali Permata Bangsa Yang Hilang' ini ditulis dengan matlamat mengenalkan pembaca budiman secara sepintas lalu tentang beberapa aspek pensejarahan bangsa Melayu yang penting seperti Institusi Raja-Raja Melayu, Adat Melayu, Institusi Bendahara serta hubungkait antara zuriat Rasulullah SAW (atau ahlul-bait baginda) dengan kesultanan-kesultanan Melayu serta peranan mereka sebagai umarak dan ulama dalam landskap politik Melayu tradisi.

Semoga judul ini sedikit sebanyak dapat memupuk kesedaran serta semangat kecintaan yagn tulen dan mendalam kepada bangsa dan agama junjungan leluhur kita, serta institusi-institusi Melayu tradisi khususnya Institusi Raja-Raja Melayu.

Ke arah mengembalikan Maruah, Semangat dan Kedaulatan Bangsa Melayu

Product Info

9789834348571

265

Paperback

Product Reviews