Isteri Dalam Sangkar 2

Wardina Aisyah

RM25.00


Quantity :

Product Description

‘Aku ibarat burung yang terkurung dalam sangkar cintanya.’

Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua.

“Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang.” – Tengku Iskandar

Kehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna.

“Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri.” – Aisyah
“Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila.” – Tengku Iskandar.

Egonya melambung tinggi. Biarpun tangannya memeluk Fasha, namun dia tak akan melepaskan Aisyah. Aisyah miliknya. Itu janjinya.

Dalam kecewa, Aisyah pasrah. Walau apa sekalipun, dia tetap isteri Tengku Iskandar. Sekejam mana pun perlakuan suaminya, syurganya tetap berada di tapak kaki lelaki itu. Tapi, sampai bila dia harus hidup begini? Terus mengharapkan cinta suami yang kian melupakan dirinya. Aisyah buntu dan keliru. Perlukah dia bangkit menawan semula hati beku Tengku Iskandar? Atau... perlukah dia terus menjadi isteri dalam sangkar suaminya itu?

Product Info

9789670907208

0

Paperback

Product Reviews