Teknologi Kesultanan Melaka

Hasanuddin Yusof

15% RM49.00 RM41.65


Quantity :

Product Description

Kesultanan Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya. Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka. Maka, selain dari memiliki teknologinya tersendiri, Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti peradaban Islam (Arab, Parsi, India dan Turki) dari Barat serta peradaban China dan Jepun dari timur. Ini menyebabkan Melaka tidak ketinggalan dari segi sains dan teknologi dari tamadun-tamadun luar yang sezaman dengannya. Malangnya, sebahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi. Malah yang lebih malang, ada yang beranggapan bahawa kewujudan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-mata. Ini disebabkan semua kesan peninggalan Kesultanan Melaka telah dimusnahkan oleh Portugis ketika mereka menawan Melaka pada tahun 1511. Namun, kebenaran sememangnya tidak dapat disembunyikan. Berdasarkan catatan-catatan sejarawan Portugis sendiri, Kesultanan Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan. Oleh itu, buku ini menyajikan tentang teknologi-teknologi dan peradaban yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis

Product Info

9789671348444

324

Paperback

Product Reviews