Product Description

SAYEMBARA PENULISAN DAKWAH (Cerpen) ini julang-julang kali diadakan sebagai memenuhi satu lagi cabang penyebaran dakwah melalui mata pena. Menerusi sayembara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menyatakan penglibatan dan sokongan terhadap dunia sastera tanah air. Sesungguhnya sastera yang murni dengan dilandasi iman dapat menghalusi dan mendidik jiwa. Sayembara kali ini membawa tema dakwah dan kasih sayang. Cerpen-cerpen yang diterima, mempunyai unsur-unsur yang memberi inspirasi, berupaya menerap nilai kasih sayang yang mencakupi kasih sayang terhadap Allah SWT dan sesama makhluk.

Sebanyak 25 cerpen yang telah terpilih dihimpunkan dalam antologi ini sebagai mengangkat nilai kasih sayang daripada pelbagai perspektif. Karya-karya yang dihasilkan oleh penulis generasi baharu ini memberi harapan bahawa bidang penulisan tanah air akan berkesinambungan dengan pelapis pengkarya yang mahu mengangkat nilai murni dalam masyarakat melalui penghasilan karya yang beretika dan bersusila.

'Biru Langait Itu' dipilih sebagai judul antologi ini, mengupas nilai kasih sayang seorang anak terhadap pengorbanan ibu yang tidak berpenghujung dan tidak pernah meminta balasan. Keluhuran budi dan kasih sayang yang ikhlas dan benar-benar kerana Allah SWT mampu memadam dendam diosebabkan kekejaman dan ketidakadilan. Dan, bagaimana Allah SWT membalas kesabaran hamba-hamba-Nya dengan rahmat yang didatangkan dalam pelbagai bentuk dan cara.

Product Info

9789675128271

0

Paperback

01 Jul 2015

Product Reviews