Tersungkur Di Ambang Bahagia

Noraniza Ac

RM28.00


Quantity :

Product Description

“Ini cincin tanda pak cik...” bicara segan-segan Eizlan tergantung tidak sempat dihabiskan. 
“Cincin tanda? Jerit ayah dan ibu serentak tanda amat terkejut mencantas kata-kata Eizlan. 

Eizlan terpaksa menebal muka membawa cincin tanda sendiri bersemuka dengan keluarga Nora sebagai langkah untuk memikat hati gadis pujaan, namun tidak membuahkan hasil seperti yang diimpikan.

“Aku tahu kau mungkin benar-benar cinta kat aku. Tapi, sekarang bukan masa untuk kita bercinta. Tunggulah masa yang sesuai. Takkan lari gunung dikejar. Kalau ada jodoh, insya-Allah kita akan bersatu. Cuma, buat masa sekarang kita tumpukan dulu kepada pelajaran. Aku ingin belajar ke peringkat yang lebih tinggi,” tingkah Nora. Sekali lagi hasrat hati ditolak demi pelajaran. 

“Nora, I love you,” sekali lagi Eizlan menyampaikan hasrat hati. Namun rayuan demi rayuan cinta dari Eizlan tidak diendahkan oleh Nora demi prinsip. 
“Jangan menipu hati kau sendiri Nora. Luahlah apa-apa yang kau rasa. Kalau sayang kata sayang, kalau benci kata benci, tidak aku ternanti-nanti,” ucap lirih Eizlan sambil tangannya membelai jemari Nora.

Akhirnya, Nora terpaksa memadu kasih atas insiden yang tidak disengajakan. Dek terlalu gembira kerana kasihnya disambut, Eizlan merancang dalam diam untuk berkahwin selepas mereka tamat SPM. Cinta boleh mengubah segala-galanya. Sikap nakal Eizlan berubah demi ingin hidup berbahagia dengan kekasih hati yang sudah lama dipuja dalam diam. Semua rancangan yang telah diatur hancur dek kekhilafan diri yang tidak disengajakan. Akhirnya mereka ditangkap berkhalwat seminggu sebelum menjelang SPM. Perancangan untuk bernikah tidak menjadi kerana dihalang oleh bapa Eizlan sendiri sedangkan mereka berdua sudah bertunang atas persetujuan keluarga.

Kenapa bahagia yang dirancang, derita yang diterima?

Product Info

9789671276907

0

Paperback

30 Jun 2015

Product Reviews