Bukan Salah Aku Perempuan

Noraniza Ac

RM32.00


Quantity :

Product Description

Perempuan!... insan teristimewa yang dicipta oleh Allah daripada tulang rusuk kiri Adam. Mereka mahukan dirinya dekat di hati untuk disayangi, bukan diinjak maruah sehingga tercalar harga diri dan dilapah hati seenak rasa. Walau hati Adam bukan milik seorang perempuan, namun kasih sayang tidak pernah surut ditelan badai. Setiap perempuan mahu menjadi yang teratas di hati seorang Adam. Dalam hati Adam yang penuh dengan cinta sejati buat seorang perempuan, namun terselit lembaran hitam yang tidak mampu ditolak kerana telah tersurat di Lohmahfuz.

Hakikatnya, perempuan mana yang harus dipersalahkan dalam merebut cinta seorang Adam. Cinta  yang mekar di hati Adam sentiasa mewangi walaupun diri terpaksa menipu demi menjaga hati seorang wanita.... atau tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul di bahu seorang suami untuk seorang isteri walau sekelumit rasa cinta tidak pernah menyapa di sanubari. Walaupun seribu kekejaman sanggup dilakukan oleh seorang perempuan demi kesenangan yang sementara, hati pula terikat dek santun budi bahasa dan pekerti seorang Adam.


Suami ... selamilah hati orang isteri sehingga ke setiap genap relung hatinya.



Product Info

9789671276914

888

Paperback

01 Jun 2015

Product Reviews