Isnin & Rabu bersama Bro Sham

Hafizul Faiz

RM13.00


Quantity :

Product Description

Membaca karyanya yang didedikasikan sebagai hadiah buat saya, terasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniai pelajar-pelajar yang saya sendiri belajar banyak daripada mereka, antaranya ialah penulis karya, Hafizul Faiz. Membaca coretan-coretan kisah perbualan dan sesi perkongsian ilmu bersama membawa saya kepada masa silam tersebut dan gaya bahasanya yang sungguh deskriptif menyebabkan saya terasa pengalaman-pengalaman tersebut berlaku seperti hari semalam, membuatkan ia segar di minda, subur di hati.
- Shamsuddin bin Abdullah, Guru Matrikulasi,Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Menenun setiap aksara huruf dalam kisah anak muda ini memberi satu nilai dan motivasi yang amat berharga pada saya. Satu pesona yang amat saya tertarik ialah memori selektif. Telusuri dan teladani lah kisah penulis muda ini yang penuh dengan ukiran ibrah untuk sesiapa saja yang mahukan inspirasi.."
-Embun Melati, Blogger

"Bro Sham mengingatkan saya pada kisah Prof. Morrie; a dying man who taught about life. Beliau punya cara mengajar yang tidak pernah membosankan pelajar.
- Izzati Rahim, Pelajar UIAM

Product Info

9789673610945

120

Paperback

Product Reviews