Yang Aneh Yang Magis

RM27.00


Quantity :

Product Description

Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin.

Labirin yang mengelilingi belantara padat imej-imej aneh dan magikal. Bukan. Labirin tak dicipta untuk menemukan jawapan, tetapi dimemberikan anda pengalaman yang janggal. Keluar masuk, ke kiri ke kanan, ke depan dan belakang. Akhirnya berdiri di titik mula dengan lebih banyak soalan dan kerunsingan.

Dua puluh cerpen yang dipilih dalam naskhah ini adalah pintu-pintu, masing-masing membawa ke ruang aneh dan magikal yang tersendiri. Manusia klon berinsang serta matahari yang dipunggah helikopter. Wanita yang mengandungkan bom juga ahli sihir yang mengakali Profesor. Naga yang kembali hidup. Manusia yang kehilangan lidah. Lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Sudahkah kami beritahu? Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. 

Yang aneh. 

Yang magis.

Product Info

9789672014218

212

Paperback

01 May 2017

Product Reviews