Be A Happy Houseman

Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin

RM25.00


Quantity :

Product Description

Saya Doktor Baru
----------------------------

Terpinga-pinga HO ketika sampai di wad. Dia tidak tahu kepada siapa dia perlu berjumpa atau memperkenalkan diri. Suasana wad yang sibuk sedikit sebanyak menggusarkan hati.

Pesakit yang melimpah-ruah di wad membuatkan dia gerun.

Mampukah dia bekerja dalam wad yang kelihatan sangat sibuk.

"Excuse me, boleh tepi sikit tak? Jangan jadi pak pacak tengah jalan."

Hampir terlompat dia bila disapa dengan garang oleh seorang doktor berbaju putih yang sedang menolak troli berisi barang-barang prosedur.

'Garangnya.' Detik hati dia.

"Tak tahu, ringankan mulut bertanya. Jangan bersikap bodoh sombong." Pesan Dr M.

HO mengangguk-angguk. Pesanan Dr M akan diingatnya sampai bila-bila.

"Dr M, ECG pesakit katil 12 yang nak pergi OGDS petang ni. Dia mengadu sakit dada tadi." Seorang HO mencelah sambil menunjukkan helaian ECG kepada Dr M.

Berubah muka Dr M melihat ECG yang dihulurkan.

"What did the ECG showed?" Tanya Dr M pada HO yang memberikannya ECG tersebut.

"Err... I think it is ST elevation."

"You think or you know?" Suara Dr M meninggi.

"So what is your diagnosis?"

"Err... I'm not sure...." HO goyah.

"If you said patient having chest pain and combined with this ECG, means that patient having MI."

"How can you not sure."

"Which medical school you coming from!"

HO yang menyaksikan segalanya keliru. Tadi Dr M kata kalau tak tahu tanya. Kenapa sudah tanya, kena marah pula?

Dr M seperti dapat membaca apa yang ada di fikiran HO baru.

"To ask is one thing but you have to know certain thing."

II

"Patient ni bleeding. HO, mari sini!" Dr P melambai memanggil HO yang terdekat dengannya.

"Hantar GXM ni ke blood bank. Tunggu sana sampai dapat darah balik dan bawa darah balik ke wad." Panjang lebar arahan Dr P.

HO menerima contoh darah yang telah diambil dari pesakit oleh Dr M. Serba-salah dia untuk mengatakan dia tidak tahu di mana letaknya blood bank. Apatah lagi pesakit ini memerlukan darah dengan segera.

Bagaimana kalau dia sesat dalam kawasan hospital? HO telan liur.

'Saya tak tahu kat mana blood bank Doktor.' HO ingin menlafazkan ayat itu tetapi dia tahu dia akan disembur sekiranya ianya terluah.

Apa yang aku nak buat? HO berfikir-fikir. Patut ke aku minta tolong senior HO untuk hantar darah supaya cepat sikit.

HO menjenguk-jenguk. Senior HO tengah sibuk tolong Dr M Dan Dr P resus pesakit.

"Apalagi kamu tercegat tu? Lekas gerak ke blood bank." Sergah Dr M melihat HO masih tidak bergerak-gerak lagi.

Terkulat-kulat HO. Terus dia buka langkah.

"Jangan lenggang kangkung macam model, lari!" Suara Dr P pula saling bertingkah.

Product Info

9789671292372

224

Paperback

06 Jul 2017

Product Reviews