Product Description

Sebuah negeri Malaysia tidak akan lengkap tanpa kehadiaran sebuah negeri yang simbolik dengan labu sayong ini. Negeri Perak, yang dicampur aduk dengan pelbagai dialek mengikut kawasan masing-masing, sangat kaya dengan mendakan-mendakan bangsa yang tenggelam dihempap pergerakan masa. 

10 cerpen yang diukir dengan pemukul dan pahat tersendiri daripada tangan-tangan penulis yang gigih ingin membela tinggalan warisan ini cuba mengukir kembali keindahan yang perlu diberi nafas baru dalam bentuk sastera. 

Tidaklah memadai himpunan cerpen ini untuk menggambarkan betapa sinonimnya negeri Perak dengan warisan sejarah  tanah air yang dicintai ini, akan tetapi cukup kiranya untuk menggambarkan kesyukuran kita kepada Tuhan yang menakdirkan Perak sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Product Info

9789671432761

225

Paperback

30 Apr 2017

Product Reviews