The Power Of Wakaf

Hasanuddin Yusof

RM29.00


Quantity :

Product Description

Wakaf adalah satu amalan atau kaedah dalam Islam yang penuh dengan keajaiban dalam mengurangkan kemiskinan sesebuah masyarakat di samping memperkukuhkan ekonomi sesebuah negara. Wakaf juga mampu mengurangkan jurang taraf hidup antara golongan yang kaya dan miskin. Melalui wakaf, pelbagai kemudahan awam dalam sesebuah negara dapat disediakan seperti Jalan Raya, Jambatan, Hospital, Universiti, Perpustakaan dan banyak lagi tanpa menggunakan wang negara.

Sejarah telah membuktikan keajaiban wakaf dalam mengukuhkan ekonomi negara dan taraf hidup rakyat. Kejayaan amalan wakaf yang diamalkan dalam kerajaan-kerajaan Islam lampau seperti Daulah Abbasiyah, Daulah Ayyubiyah, Daulah Uthmaniyah dan sebagainya menjadi saksi utama tentang beberapa ajaibnya amalan wakaf ini.

Kerajaan-kerajaan Islam ini mampu menyediakan kemudahan-kemudahan asas bertaraf 'lima bintang' kepada rakyat hanya melalui wakaf. Hal ini menyebabkan belanjawan negara dapat dijimatkan ketahap yang maksimum yang seterusnya menjadikan Kerajaan-kerajaan Islam ini sebagai kuasa besar ekonomi dunia suatu ketika dahulu. Namun, amalan wakaf dianggap tidak penting dalam dunia Islam pada hari ini yang menatijahkan negara-negara umat Islam tersungkur ke lembah kemiskinan.

Product Info

9789671348437

212

Paperback

Product Reviews