Adi-fara

Ezi Afiza

RM23.00


Quantity :

Product Description

FARA – Memiliki cinta Remy, pemuda kacak dan kaya itu merupakan angannya sejak kali pertama bertemu pemuda itu. Angannya menjadi kenyataan apabila Remy menghulurkan salam ‘perkenalan’. Namun, bunga-bunga indah di taman angannya tidak seindah realiti yang berlaku.

ADIF – Cinta pertama yang dipertahankan, retak hanya kerana kehidupan dia yang sederhana. Hatinya hancur saat dia dihina oleh orang yang dia sayang. Namun, keikhlasan cinta yang dia miliki meletakkan dia dalam situasi yang sukar untuk diungkapkan.
Dua hati yang suci ini bertemu. Namun, sikap dingin Adif terhadap Fara membuatkan Fara tertanya-tanya.

“Kenapa kau macam tak suka aje kat aku sejak kali pertama kita jumpa?” –Fara

“Kerana itu bukan kali pertama,” –Adif

Jawapan Adif mengundang persoalan demi persoalan dalam diri Fara. Bukan kali pertama? Jadi, bila kali pertama mereka bertemu?

‘Ops! Jangan cakap kali pertama itu aku tengah korek hidung sudah!’ - Fara

Product Info

9789672052128

0

Paperback

Product Reviews